Tuesday, October 12, 2021

[982.21] SEKSYEN 52 AKTA SPRM - KETERANGAN RAKAN SEJENAYAH DAN EJEN PROVOKASI. TERGOLONG ATAU TIDAK SEBAGAI RAKAN SEJENAYAH?


Hendaklah diberi perhatian, (jika anda TERGOLONG dalam ciri-ciri ini, maka, anda boleh didakwa di bawah Seksyen 52 Akta SPRM).
Ciri-ciri RAKAN SEJENAYAH yang akan dilihat oleh Mahkamah adalah berdasarkan kepada Seksyen 52 Akta SPRM yang mana orang tersebut mestilah:-
● Setuju terima, terima, peroleh, minta, setuju untuk setuju terima atau terima, atau cuba peroleh apa-apa suapan daripada mana-mana orang
● Beri, janji, tawar dan bersetuju untuk beri apa-apa suapan
● Telah (apa-apa cara) terlibat dalam perlakuan salah atau TAHU tentang perlakuan salah tersebut
Di dalam kes Rattan Singh v Public Prosecutor [1971] 1 MLJ 162, menerangkan dengan jelas berkenaan ‘accomplice’
...If, however, he has played a more active part in the transaction apart from the bare payment, he is not protected by the section and the ordinary rules as regards accomplices apply...
Justeru, perlulah dibuktikan kepada Mahkamah bahawa accomplice atau rakan sejenayah tersebut telah memainkan peranan penting dan aktif (important and active role) dalam pertuduhan yang telah disabitkan.
Oleh,
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►