Thursday, October 7, 2021

[980.21] WARAN TANGKAP


Setiap waran tangkap mestilah dikeluarkan dalam bentuk bertulis dan ditandatangani sepertimana yang diperuntukkan dibawah Court of Judicature Act 1964, dan Subordinate Courts Act 1948, dan dimeteraikan oleh mahkamah seperti yang tertulis dibawah Seksyen 39(1) Kanun Tatacara Jenayah. Waran tangkap boleh dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen atau Pendaftar, ataupun Mahkamah Majistret dan waran yang dikeluarkan akan terus berkuatkuasa sehinggalah ia dibatalkan atau dilaksanakan.
Sebagai contoh, suatu waran tangkap telah dikeluarkan pada tahun 2019 untuk menangkap A namun, tangkapan tersebut gagal kerana A bersembunyi di negara lain sehingga tahun 2020 dan kembali ke Malaysia pada tahun 2021. Pada tahun 2021, waran tangkap yang sama masih lagi terpakai untuk melakukan tangkapan ke atas A. Perkara ini telah jelas tertulis dibawah Seksyen 38(2) Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan waran tangkap tersebut adalah sah kerana ia masih belum dibatalkan atau dilaksanakan.
Seksyen 40 Kanun Tatacara Jenayah ada menyatakan bahawa suatu tangkapan dengan waran tangkap hanya boleh dilaksanakan oleh mana-mana pegawai polis ataupun mana-mana ‘private person’ yang namanya tertulis di dalam waran tersebut. Pegawai polis ataupun pihak yang melaksanakan tangkapan dengan waran tersebut harus memaklumkan kepada orang yang ditangkap tentang isi kandungan waran tersebut. Selepas itu, tanpa melengahkan masa, orang yang ditangkap tersebut harus dibawa ke mahkamah.
Orang yang ditangkap harus juga dimaklumkan tentang sebab tangkapan yang dibuat ke atasnya secepat mungkin kerana itu merupakan hak orang tersebut (Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan.)
Terdapat juga kesalahan-kesalahan dimana tangkapan boleh dibuat tanpa waran tangkap dan kesalahan-kesalahan ini kebiasaannya dipanggil sebagai ‘seizable offences’. Kesalahan-kesalahan ini merupakan kesalahan dibawah Kanun Keseksaan yang hukumannya ialah penjara tiga tahun dan ke atas. Sebagai contoh, hukuman mencuri dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Kesalahan seperti ini tidak memerlukan waran tangkap dan tangkapan boleh dilakukan ke atas pesalah tanpa waran tangkap daripada mahkamah.
@Ain Syafiqeen
0109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►