Tuesday, September 28, 2021

[974.21] PEMANDUAN ARAH OLEH SUSPEK KES JENAYAH DI BAWAH S. 27 AKTA KETERANGAN 1950


Sebagai maklumat yang diperolehi polis semasa dalam soal siasat terhadap soalan atau isu tertentu yang boleh dibuat penemuan kepada bukti atau siasatan tertentu boleh di terima oleh Mahkamah.
Antara kepentingan maklumat tersebut ialah ia perlu dibuat laporan polis khusus dan nota kepada diari dalam perkataan seseorang. Bukan sekadar soalan tetapi juga kepada jenayah yang dibuat dalam perkataan sebenar.
Selapas mendapat maklumat, polis boleh membawa suspek agar memandu arah ke arah mendapatkan keterangan/bukti berkenaan. Kesemua tindakan dan pandu ke arah yang dibuat suspek perlu dinyatakan di dalam laporan polis secara khusus dan perkataan sebenar jika ada perkataan. Pembuktian prosedur pada arah yang betul boleh membuktikan knowledge (pengetahuan) atau mens rea suspek. (PP vs. Saravanan Kumar Rajan & Anor [2021]).
Selain daripada yang di atas, tindakan (conduct), petunjuk yang membawa kepada penemuan fakta adalah boleh diterima oleh Mahkamah di bawah S. 27 tanpa perlu buktikan oleh Pendakwaan tentang kerelaan dalam memberikan maklumat (Siew Yoke Keong vs. PP [2013])
Rujuk :
- PP vs. Suaib Thandi [2020]
- PP vs. Azilah Hadri & Anor [2015]
- Sainal Abidin Mading vs. PP [1999]
- Karan Singh vs. PP
- PP vs. Shahir Axma & Anor [2017 & [2015]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►