Thursday, September 23, 2021

[969.21] NOTIS ALCONTARA


Notis Alcontara adalah satu pembelaan yang mana OKT telah memberikan Notis seawal mungkin kepada Penguasa/Pendakwaan tentang pihak yang boleh memastikan/mengesahkan pembelaan OKT. Notis ini boleh diberikan melalui penyataan OKT kepada Penguatkuasa, kepada saksi, soal balas, surat dan sebagainya.
Menjadi tanggungjawab Pegawai Penyiasat untuk menyiasat maklumat yang dibekalkan. Maklumat yang dibekalkan oleh pihak OKT haruslah lengkap atau memadai untuk memulakan siasatan terhadap maklumat berkenaan.
Apabila Notis ini dimaklumkan atau wujud, maka pihak pendakwaan perlu sangkal/siasat/discaj maklumat Notis berkenaan sebelum maklumat menjalankan tanggungjawabnya dibawah Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah.
Rujuk :
- Alcontara a/l Ambrosi Anthony vs. PP [1996]
- Teo Kian Chun vs. PP [2020]
- PP vs. Herlina Purnama Sari [2016]
- Mohd Amin Ismail vs. PP [2020]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►