Bagi kes jenayah yang melibatkan hukuman mati, pihak kerajaan akan melantik seorang peguambela di kalangan peguambela senior dan berpengalaman lebih 2 tahun / 10 kes hukuman mati (kalau ikut standard dulu) bagi mewakili OKT di dalam perbicaraan tersebut.
Adalah miscarriage of justice jika peguambela yang dilantik tidak hadir bagi bicara penuh, menyoal saksi, berhujah, bicara pendengaran, memberikan nasihat kepada OKT. Sebaliknya kehadiran sebutan dan pengurusan kes dibolehkan peguam gantian kecuali ada nasihat penting dan perkara penting untuk direkodkan.
Walaupun peguam gantian itu adalah menyamai atau juga bersifat sama dengan peguambela lantikan seperti berpengalaman, peguambela kanan (senior), menjalankan tugas yang baik, ia tidak dibolehkan. Hanya peguam lantikan boleh melakukan bicara dan tugas-tugas profesionalnya sebagaimana tujuan dilantik oleh Mahkamah Tinggi.
Sebarang tindakan yang bertentangan dengannya, akan membolehkan mahkamah mengenepikan kes bagi satu re-trial atau tindakan yang memberikan kesan lain.
Dalam PP v. Shahrul Azlan Abdul Jaffar & Ors [2019], Hakim Bicara memerintahkan kes di lepaskan tanpa dibebaskan apabila peguambela yang dilantik telah gagal hadir dan membiarkan peguambela lain hadir bagi pihaknya menjalankan proses bicara. Perintah hakim agar kes didengar kembali di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain.
Rujuk - Shamim Reza Abdul Samad v. PP [2009], PP v. Mohamed Shahabuddin Mohamed Ali & Ors [2018], Tang Kam Yew Anor v. PP [2014]
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..