“Kalau kesalahan yang kena hukum penjara, denda dan sebat. Macam mana nak elak penjara dan sebat?”
Penjara, sebat dan denda kebanyakannya diperuntukan secara alternatif. Maksudnya ada perkataan “atau” yang memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk memberikan hukuman pilihan tanpa menggabungkannya.
Tetapi Mahkamah boleh memutuskan hukuman lebih berat jika ada perkataan “dan”, tetapi perkataan “shall be” (hendaklah) masih memberikan budi bicara kepada Mahkamah.
Dalam peruntukan lain juga, Mahkamah diberikan kuasa budi bicara dalam konteks “atau kedua-duanya” bagi kesalahan yang berulang atau melibatkan situasi kes yang lebih adil untuk memberikan hukuman lebih berat.
Kenali dan fahami kesalahan yang dipertuduhkan ke atas anda dan baru hukuman boleh diketahui jelas.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..