Friday, September 17, 2021

[962.21] ANTARA MAKSUD URUSAN GERAN TANAH



FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal). Dalam maksud lain, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selama-lamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan.
LEASEHOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun.
Bagaimana pula untuk kita mengenali sekiranya hartanah tersebut adalah hakmilik akhir/kekal (FINAL TITLE) atau masih hak milik sementara (QUALIFIED TITLE)? Langkah yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan carian rasmi di Pejabat Tanah.
Jika Hakmilik Sementara, nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D). Huruf pengenalan H.S. di sini merujuk kepada ‘Hakmilik Sementara‘. (M) - Mukim adalah hakmilik yang dikeluarkan Pejabat Tanah Daerah manakala (D) - Daftar merujuk kepada hakmilik dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri.
Secara ringkasnya, Hak Milik Sementara bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur. Tiada masalah untuk membeli hartanah yang masih berstatus Hakmilik Sementara. Cuma tanah Hak Milik Sementara ini tidak boleh dibuat pecah bahagian atau pecah sempadan. Sekiranya ingin berbuat demikian, anda perlu tunggu untuk dapatkan hakmilik akhir (Final Title) terlebih dahulu. Di dalam dokumen hakmilik muktamad/kekal (‘Final Title’) pula, nombor geran kebiasaannya bermula dengan GM atau GRN atau PM atau PN.
@Zahirah Bahari
Bandar Saujana Putra, 9/2021
+60109647961
 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►