Monday, August 23, 2021

[947.21] DIJANJIKAN LEPAS PENDAKWAAN SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA


"Adik saya dijanjikan bebas daripada seksyen 39B jika........ "
Jika tangkapan dibuat atas pengedaran dadah tetapi anggapan pengedaran dadah adalah di bawah nilai kecil dan tidak melebihi anggapan seksyen 37(da), maka polis atau pendakwaraya masih boleh meletakkan pertuduhan di bawah seksyen 39A(1) atau 39A(2) yang membawa hukuman penjara dan sebab atas memiliki dan bukan mengedar.
Tetapi jika tangkapan dalah atas tindakan mengedar di bawah seksyen 2 (18 jenis tindakan mengedar) dan juga berat dadah adalah melebihi anggapan mengedar, maka tidak akan ada jalan atau janji atau rekemen boleh dibuat selain pendakwaan seksyen 39B sahaja. Jika ada isu berat dan pemilikan, boleh dibuat kepada seksyen 39A(2).
Maka janji atau rekemen kononnya boleh menurunkan kepada seksyen rendh dan penjara biasa sahaja jika menolong tangkapan lain atau memberikan keterangan adalah satu perkara yang salah. Tidak wujud sedemikian.
Malah pengedaran dadah di bawah seksyen 39B boleh dilepaskan daripada hukuman mati dan digantikan hukuman seumur hidup penjara jika pihak polis atau pendakwaraya mengakui dan bersetuju secara rekemendasi bahawa tindakan bantuan Orang kena tuduh telah menyelesaikan hal-hal lain berkenaan narkotik.
Anda rasa polis dan pendakwaraya akan 'sign' surat rekomendasi berkenaan?
Dapatkan nasihat guaman yang tepat bagi mengelakkan prejudis kepada nyawa anda.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►