Seksyen 6(1) memperuntukkan berkenaan perintah tahanan terhadap mana-mana orang yang mana tahanan adalah tidak melebihi tempoh 2 tahun dan di tahan di tempat tahanan.
Seksyen 7 adalah berkenaan penggantungan perintah tahanan yang mana ianya masih tertakluk kepada sekatan yang diperuntukkan di dalam seksyen 6(3) akta yang sama dan seksyen 6(6) akta yang sama.
Dalam konteks ini, adakah dengan wujudnya penggantungan perintah tahanan tersebut, tertuduh tidak lagi tertakluk kepada apa-apa perintah tahanan dan tidak boleh diklasifikasikan sebagai tahanan?
Berdasarkan seksyen 6(1), tertuduh adalah ditahan di mana-mana pusat tahanan namun di bawah seksyen 7, tertuduh dibenarkan untuk tinggal di dalam sesebuah Negeri atau di mana-mana Wilayah Persekutuan namun terdapat sekatan-sekatan yang dikenakan ke atasnya dan menyebabkan pergerakannya menjadi terbatas. Dalam pada itu juga, perintah tahanan tertuduh di bawah seksyen 6(1) juga tidak pernah dibatalkan pada mana-mana masa.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..