Tuesday, June 29, 2021

[884.21] PERBEZAAN KES HUSDI VS PP DAN SITI AISYAH VS PP


Kes Husdi v. Public Prosecutor [1979] 1 MLRH 208 adalah kes yang menjadi panduan bahawa keterangan di bawah Seksyen 112 KTJ tidak wajar untuk dikemukakan kepada pihak pembelaan kerana wujudnya risiko mengganggu saksi-saksi pendakwaan. 

Pun begitu, prinsip tersebut adalah dibezakan dengan kes Siti Aisyah v. PP [2019] MLRAU 95 yang mana Mahkamah Rayuan di dalam penghakimannya memutuskan bahawa pihak pendakwaan perlu untuk mengemukakan keterangan saksi di bawah seksyen 112 KTJ kepada pihak pembelaan. Rayuan tidak diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bagi isu ini.

Perkara utama yang perlu dinilai adalah fakta kes bagi kedua-dua kes ini adalah berbeza. Bagi kes Husdi v.PP, permohonan untuk mendapatkan akses terhadap dokumen tersebut adalah dibuat sebelum kes pihak pendakwaan dimulakan. Maka, dalam keadaan itu, Mahkamah mendapati bahawa permohonan tersebut tidak wajar untuk dibenarkan. 

Berbeza dengan kes Siti Aisyah v.PP, yang mana permohonan adalah dibuat selepas kes pihak pendakwaan ditutup. Maka, tiada isu berkaitan tampering of witness yang boleh dibangkitkan oleh pihak pendakwaan memandangkan saksi-saksi tersebut adalah saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan. 

Berdasarkan kes Siti Aisyah tersebut, dua prinsip/syarat utama yang perlu dipenuhi bagi membolehkan permohonan dibenarkan oleh Mahkamah adalah prinsip keperluan (necessity) dan juga kehendak (desirability).

Khairunnisa Kasa 
+6010-9647961
Sunway, 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►