Sunday, June 27, 2021

[872.21] PENGEDARAN DADAH YANG SIKIT DAN TIDAK TERSENARAI



"kuantiti dadah sikit, mana boleh tuduh mengedar" kata keluarga OKT yang dituduh mengedar dadah.

Sila rujuk pembacaan lepas mengenai kes pengedaran dadah bagi lebih jelas.

Jika dadah yang berkaitan tangkapan dan pendakwaan adalah dadah bukan di bawah jadual dan jika terdapat di bawah jadual tetapi sedikit, maka anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak terpakai.

Rujuk-
PP v. Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006]

Walaubagaimanapun, pertuduhan boleh diteruskan di bawah pertuduhan pengedaran melalui anggapan seksyen 37(d) dan pembuktian di bawah seksyen 2 Akta yang sama. Cuma perlu diingatkan bahawa walaupun 18 cara / tindakan pengedaran di bawah s.2 perlu dibuktikan oleh Pendakwaan, isu pemilikan tetap perlu dibuktikan di bawah seksyen berkenaan terutamayang melibatkan aktiviti berganda.

Rujuk -
Public Prosecutor v. Chia Leong Foo [2000] 
Ong Hooi Beng and Others v. Public Prosecutor [2015]
Lee Boon Siah vs. PP

Nota: Gambar adalah happy Five tetapi kebanyakan yang terlibat dengannya tidak pernah happy kecuali sementara

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►