Saturday, June 26, 2021

[870.21] BOLEH PEGUAM MOHOM DOKUMENTASI PROSIDING INKUES DI BAWAH SEKSYEN 51A CPC?



Antara keputusan terbaru mengenainya boleh dirujuk kepada kes semakan di Mahkamah Tinggi Zaidi Mohd Zain & Anor vs. PP [2021] MLRHU 513 yang mana pihak peguam pemerhati bagi keluarga si mati memohon dokumentasi di bawah seksyen 51A CPC telah ditolak oleh Mahkamah Koroner.

Hakim Mahkamah Tinggi telah menjelaskan panjang lebar mengenai isu ini termasuk bagaimana peruntukan seksyen 51 dan 51A CPC itu dibaca secara berasingan dan menjadi panduan bahawa seksyen 51A CPC hanya terpakai bagi kes-kes bicara jenayah sahaja. Jesteru kes Retnarasa Annarasa v. PP [2008] 1 MLRH 693 adalah dibezakan dan tidak lagi menjadi autoriti yang baik untuk seksyen 51A CPC.

Rujuk - PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim & Anor [2010] 1 MLRA 131; PP v. Mohd Fazil Awaludin [2009] 1 MLRH 528; Teoh Meng Kee v. PP [2014] 5 MLRA 404;

Koroner di dalam penghakiman adalah betul apabila memutuskan seksyen 51A tidak terpakai di dalam situasi ini tetapi Mahkamah Koroner khilaf dalam menilai seksyen 51 yang dibaca berasingan dan dibaca bersama Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2014, yang dikeluarkan bagaimana ia dipraktikkan. 

Oleh itu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan peguamcara pemerhati untuk mendapatkan dokumentasi sebelum prosiding di bawah seksyen 51 dan dibaca dengan Arahan berkenaan. 

Alhamdulillah!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►