Friday, June 25, 2021

[863.21] TUGAS DAN BAYARAN PEMEGANG AMANAH



“Kalau menjadi Pemegang Amanah, apa tugasan Pemegang Amanah dan berapa patut dibayar gaji?”

Tugasan Pemegang Amanah adalah menjalankan tugasan amanah yang disenaraikan dan/atau dipersetujui bersama semasa lantikan itu dibuat. Pemegang Amanah dilantik dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui tindakan perniagaan, perlaksanaan, hartanah probet, penjaga anak (ad litem) untuk mereka yang telah mampu menguruskan diri dan sebagainya.

Maka Pemegang Amanah perlu menjalankan amanah selain tersenarai untuk dijalankan, ia perlu lakukan apa yang terbaik ke atas apa yang di amanahkan.
Mahkamah boleh dan diberikan kuasa untuk menggantikan mana-mana Pemegang Amanah yang dilantik dan dipersetujui, jika dimohon atau perlu berbuat sedemikian.

Isu gaji atau saranan yang boleh diberikan kepada Pemegang Amanah, ia boleh ditetapkan pada kadar yang dipersetujui oleh Pemegang Amanah dan pihak yang terlibat. Atau Mahkamah boleh tetapkan satu amaun saraan kepada Pemegang Amanah jika tiada amaun saraan ditetapkan dan/atau dipersetujui sebelumnya.

Rujuk – S.45 / 46 Akta Pemegang Amanah 1949.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►