Thursday, April 15, 2021

[830.21] BOLEH MULAKAN TINDAKAN SAMAN SIVIL KE ATAS PESALAHLAKU GANGGUAN SEKSUAL?


Gangguan seksual adalah satu bentuk perbuatan atau tindakan yang bersifat seksual, tidak kira sama ada dilakukan secara perbuatan mahupun percakapan atau apa-apa juga bentuk dan ditujukan kepada seseorang yang lain. Ia boleh dilakukan oleh mana-mana gender.
Selain membuat laporan kepada majikan anda dan pihak polis, anda juga boleh mengambil tindakan saman dan menuntut ganti rugi daripada pesalahlaku gangguan seksual tersebut. Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengiktiraf tindakan saman sivil di bawah prinsip tort bagi kes salah laku gangguan seksual. Dalam kes Mohd Ridzwan Abdul Razak v Asmah Mohd Nor, Asmah telah diganggu secara seksual oleh pesalahlaku (Ridzwan) dan telah mengadukan isu itu kepada majikannya.
Bagaimanapun, setelah siasatan dijalankan, majikannya gagal menemui sebarang bukti untuk menghukum Ridzwan tetapi telah memberikan amaran keras kepada Ridzwan termasuk tidak membaharui kontrak pekerjaan Ridzwan.
Ironinya, Ridzwan mengambil tindakan saman fitnah terhadap Asmah, lantas Asmah membuat saman balas gangguan seksual terhadap Ridzwan. Asmah berjaya menuntut ganti rugi daripada Ridzwan sebanyak RM100,000 sebagai ganti rugi umum dan RM20,000 sebagai ganti rugi teladan.
Kes itu telah secara langsung membawa kepada pengiktirafan oleh mahkamah di Malaysia bahawa tindakan saman sivil boleh diambil terhadap pesalahlaku gangguan seksual, selain membuat aduan kepada majikan dan polis (serta di dakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan).
Bandar Saujana Putra
4/2021


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►