Thursday, January 27, 2011

Wak Ajis - Tukang Urut Peribadi Di Puchong


Di Puchong ada seorang tukang urut yang Uichi Gaban gunakan khidmatnya untuk urut badan masa perlu tapi bukan selalu. Dalam masa yang sama kami gunakan khidmat Wak ni untuk urut seliuh bagi pesilat kami di Kelab Silat Seni Gayong. Maka hubungan kami dengan wak ini agak rapat juga memandangkan wak juga seorang bertaraf guru bagi Silat Cimande di Puchong.

Bagi urut badan, wak akan urut satu badan termasuk perut, kaki dan tangan serta belakang badan. Kemudian ditambahkan dengan urut kepala bagi migrain dan urat-urat tertentu. Selain daripada itu, bagi lelaki ada urut tambahan sikit bagi kekuatan. Dah perkataan senget tu, faham-faham je la. Takkan Uichi Gaban nak jelaskan semuanya. Urutan juga ada disertakan dengan doa-doa.

Selepas habis urut badan baru beliau urut apa yang perlu seperti seliuh dan sebagainya. Tapi kalau nak urut seliuh sahaja, bagitahu je, wak ni sporting!.. siap hidang air herba setiap kami bertandang. Urut patah atau ubat patah tidak dibuat. Selain daripada itu beliau dikatakan boleh urut untuk penyakit seperti semput/asma tetapi tidak dipastikan pula, cuma pernah dengar cerita.

Wak Ajis tidak mengurut perempuan kecuali kes-kes kecemasan dan mempunyai kebenaran suami dan berteman. Kalau tidak kecemasan, boleh cari tukang urut lain.

Nak cari wak Ajis senang sahaja. Tanya sahaja di mana Kampung Sri Aman. Rumahnya dekat lombong buaya yang banyak orang dok mancing. Tanya sahaja nama "WAK AJIS"..

Kalau tanya kena dengan budak-budak bola dan takraw wak atau geng silat Cimande Sri Aman, siap boleh tolong hantarkan..

9 komen:

Anonymous said...

Wak Ajis ni baik orang...agak dia ni sampai tahap tukang urut KSSG kot?

SH said...

Dia memang tukang urut KSSG secara tak rasmi kerana ramai gi kat dia..

Anonymous said...

ada nombor telefon wak ni?

Unknown said...

ada no fon x?suami sy nak mengurut

SH said...

Diyana &anonymous: Saya pun lupa dah nombor dia. Tapi baru tukar nombor rasanya. Cuba ke Kg Seri Aman ikut Taman Sri Mas. Tanya orang tasik buaya, rumah dia dekat je situ - www.hishamnazir.com

Alnajib said...

Salam ada nombor telefon tak??? Atau alamat

Alnajib said...

Salam ada nombor telefon tak??? Atau alamat

Unknown said...

Alhamdulillah. Mlm tadi berurut dgn wak ajis. Siap bekam angin. Berulang Puchong Tg Malim, sakit badan maklumlah naik motor. Semoga Wak Ajis kekal sihat. Aaamiiinnn

Unknown said...

Bgi location bang

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►