Tuesday, April 13, 2021

[827.21] ADAKAH KELUARGA SI MATI BOLEH BUAT TUNTUTAN KEPADA PEMANDU MABUK YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN DAN KEMATIAN?

 


Secara am, mangsa atau ahli keluarga boleh mengemukakan tuntutan sivil atas kecuaian pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian. Ini bermakna boleh dituduh di Mahkamah atas kecuaian dan juga didakwa di bawah perundangan sivil.
Mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau suffer ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, justeru mempunyai hak untuk menyaman.
Tuntutan pertama melibatkan Dependency Claim iaitu tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar dibayar sejumlah wang yang sepatutnya si mati boleh berikan sekiranya si mati masih hidup sehingga umurnya 55 tahun. Di mana hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Tuntutan kedua pula dipanggil Bereavement Claim iaitu keluarga si mati boleh menuntut agar ‘membayar’ kesedihan yang dialami satu keluarga disebabkan kematian mangsa.
Tuntutan ketiga pula iaitu Loss of Support. Berbeza dengan Dependency Claim, Loss Of Support ini lebih kepada perbuatan yang tidak mengeluarkan duit. Iaitu tuntutan ke atas kehilangan tempat untuk bergantung dari segi tenaga.
Tuntutan lain pula ialah Estate Claim iaitu tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan ‘kesakitan’ yang dialami oleh si mati. Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Secara kesimpulannya, keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya adalah bergantung kepada keputusan Hakim. Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Bandar Saujana Putra, 4/2021






0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►