Friday, February 19, 2021

[797.21] KEPENTINGAN LAPORAN POLIS DALAM SESUATU KES JENAYAH.


Seksyen 157 Akta Keterangan memperuntukkan bahawa mangsa tidak boleh memberikan keterangan sokongan kepada diri sendiri.
Laporan polis yang dilakukan secara asasnya bukanlah suatu keterangan sokongan. Ianya bertindak sebagai asas untuk pihak polis/pendakwaan memulakan sesuatu siasatan.
Walaubagaimanapun, laporan polis tersebut boleh digunakan untuk menilai kredibiliti seseorang saksi tersebut. Terdapat kes di mana wujudnya percanggahan yang major antara laporan polis dan keterangan yang dikemukakan di mahkamah. Apabila percanggahan tersebut terlalu major/material/serius, maka ia akan memberikan kesan kepada kredibiliti saksi tersebut.
Merujuk kes PP v. MOHD RAHMIN AHMAT [2020] MLRHU 809, Mahkamah telah memutuskan bahawa:
[61]… Alternatively, the police report could show inconsistencies with the evidence of a prosecution witness. In short, the police report if tendered would be relevant as to consistency and truthfulness.
Khairunnisa Kasa
Subang Jaya, Selangor



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►