Tuesday, February 16, 2021

[795.21] LIMITASI TUNTUTAN SIVIL


"Tuan, Ibu saya membeli tanah daripada A bagi satu tanah B pada tahun 2012 dan sehingga kini pada 2021, ibu saya masih belum dapat tanah tersebut"
Ini antara masalah apabila kontrak jual beli dan pembayaran tidak dibuat secara teratur dan tidak menggunakan peguamcara dan tidak mendapatkan nasihat yang betul.
Jika ia merupakan satu tuntutan biasa dan kontrak jualbeli biasa, maka limitasi tuntutan telah tamat iaitu tuntutan hanya boleh dibuat dalam masa 6 tahun sahaja daripada kontrak itu wujud atau masa yang sepatutnya terakru.
Jika ia melibatkan frod dalam penjualan tersebut, maka masa 6 tahun akan bermula daripada tempoh frod itu diketahui. Dalam kes ini, bermula 2012, frod boleh diandaikan atau boleh timbulnya keraguan dalam transaksi pada 2013-2014, pun juga telah tamat limitasi tuntutannya kecuali ada fakta berlainan.
Ada limitasi yang lebih lama bagi isu tanah tertakluk kepada fakta kes yang berbeza.
Dapatkan nasihat peguamcara, mulakan tuntutan anda dengan kadar segera. Lebih banyak anda berlengah, mungkin kerugian lebih tinggi.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►