Friday, December 4, 2020

[738.20] TARIK TELINGA BUDAK? - SEKSYEN 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001



Ogos 2020, seorang pekerja pusat asuhan kanak-kanak telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000.00 jika gagal, 12 bulan penjara berserta bon berkelakuan baik selama 3 tahun dengan jaminan RM2000.00.
Kesalahan yang dilakukan oleh pekerja tersebut adalah kerana telah menarik telinga seorang kanak-kanak yang berada di bawah asuhan dan jagaanya. Tindakan pekerja tersebut telah menyebabkan telinga kanak-kanak tersebut merah tanpa apa-apa kecederaan serius yang lain.
Seksyen ini memperuntukkan bahawa:
31.(1) Mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak-
(a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; …..
Melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah di dalam kes ini telah mengambil kira beberapa faktor dalam menjatuhkan hukuman untuk memastikan tujuan menjatuhkan hukuman tersebut dapat dicapai. Walaupun tindakan pekerja tersebut tidak memberikan apa-apa kecederaan serius terhadap kanak-kanak tersebut, namun ianya adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang pekerja pusat asuhan kanak-kanak.
Mahkamah turut mempertimbangkan keadaan semasa yang mana kes penderaan kanak-kanak seringkali dilaporkan di Malaysia. Oleh itu, ianya adalah menjadi tugas mahkamah untuk menjatuhkan hukuman bagi tujuan memberikan pengajaran kepada tertuduh dan juga mengambil kira kepentingan awam, terutamanya kanak-kanak.
Hukuman yang ada bukan trend kepada hukuman kes yang lain dan pertuduhan yang sama. Tetapi amaun denda yang dikenakan agak tinggi berbanding fakta kes.. Kalau kami, cadangkan rayuan sahaja.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►