Friday, October 16, 2020

[692.20] GUAMAN & ARTIKEL SYARIAH


Hampir setiap hari ada sahaja menelefon kami mengenai masalah Mahkamah Syariah di serata Malaysia. Mungkin kerana kami biasa kongsikan banyak artikel melalui sini.
Apa yang menarik, banyak kes pelik tapi benar yang cuba mendapatkan nasihat kami. Cuma kami selalu tegaskan buat masa ini kami tiada praktis di Mahkamah Syariah secara penuh walaupun mempunyai lesen guaman syariah. Mungkin tenaga kerja tidak mencukupi dengan bebanan ekonomi yang meruncing.
Dalam sebulan, ada 3-6 kes kami serahkan kepada rakan kami setelah menasihati sebagaimana diperlukan. Mungkin rezeki mereka. Rezeki yang berkat boleh dikongsikan. InsyaAllah.
Namun, pihak kami ada ditawarkan oleh anak muda yang berani untuk menjalankan tugasan guaman syariah yang kami tidak mampu laksanakan sejak 5 tahun lalu disebabkan skop kerja yang agak meleret dan tenaga kerja yang tidak mencukupi.
InsyaAllah jika peguam syarie itu berani bersaing untuk majukan diri, akan ada peguam syarie membantu kami di dalam urusan guaman syarie dalam masa terdekat.
Kami seronok kalau ada peguam muda (bawah 7 tahun praktis) sanggup dan berani bersaing dengan cara sihat dan sama-sama majukan industri perundangan syarie. Nanti ada khusus untuk menasihati anak guam dan menulis tentang syariah di sini.
Bermula November 2020, artikel mengenai isu perundangan syariah akan dimuatkan secara berkala di sini bagi rujukan dan pembacaan masyarakat amnya.
Semoga laman ini terus menjadi satu wadah keilmuan dan penggerak kepada asas pengetahuan perundangan sivil, jenayah dan syariah. Mungkin penulisan kami tidak sebaik yang lain, tetapi jika kekeliruan boleh diperjelaskan kepada masyarakat bagi tujuan mendidik, kami bersyukur.
Semoga Allah jua membalas kebaikan penulis-penulis kami dengan keberkatan rezeki dan kesihatan yang baik. Umur yang panjang, insyaAllah.
Akhir sekali, kami membuka kepada semua individu berlatar belakangkan undang-undang untuk menyumbangkan artikel anda.
Terima kasih.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►