Mentor Mentee antara #peguam sentiasa ada. Ia tidak mengira #senioriti biasanya. Ia berdasarkan #pengalaman peguam itu sendiri.
Mungkin peguam A berpengalaman dalam perundangan tort tetapi belum tentu dalam perundangan #jenayah. Maka A perlu merujuk kepada B, rakan peguam yang mahir dalam bidang perundangan jenayah. Begitu juga sebaliknya.
Lebih-lebih lagi peguam muda kepada peguam senior. Cuma peguam #senior belum tentu berpengalaman sebagaimana senioritinya.
Ini berlaku diantara #peguam. Samada rakan dikenali atau sebaliknya. Seindahnya hidup kami, #profesionaliti perlu dijaga dan didsiplinkan agar berkekalan dalam bidang ini.
Ilmu harus tidak lokek agar bukan sahaja rakan peguam kita bantu, tetapi kita boleh belajar sesuatu daripada peguam lain.
Tidak hilang bisa #ular menyusur akar.
Antara pertanyaan biasa peguam baru atau junior, di mana kami nak merujuk jika perlukan pengetahuan dan bantuan pengalaman.?
Bantulah setakat mampu. Walaupun satu ketika, ada peguam muda #tipu saya banyak kerana tamak. Dengar kata, dia sudah dibuang daftarai dan kehilangan semuanya. Jangan tamak dan sentiasa bersabar.
Selain program Majlis Peguam Malaysia yang menyediakan bantuan #Mentor #Mentee, kekalkan hubungan baik dan #profesional antara peguam-peguam. InsyaAllah, lawan (#opponent) kita sendiri boleh membantu dalam #kes yang lain.
Selain itu rakan sahabat peguam mampu membantu. Dunia #kepeguaman turut memperlihatkan sesama peguam belajar banyak benda. Elakkan @sombong bila diminta bantuan, elakkan #malu dalam bertanya.
Rakan-rakan peguam saya yang lebih #senior turut banyak merujuk saya banyak benda tentang beberapa isu. Saya juga merujuk kepada mereka banyak perkara yang mereka mahir dan berpengalaman.
Minggu ini ada 2 wanita dan 1 lelaki muda hebat yang membuka firma. Mereka bertanya, "kalau ada tak tahu, saya boleh bertanyakan Tuan?"
Saya mengalukan sebarang bantuan jika perlu dan jika saya boleh membantu. Saya juga belajar sedikit demi sedikit. (Faktor umur).
Tadi ada kes #tort di Mahkamah kendalian rakan peguam di Kedah. Call saya mohon bantuan tentang pliding dan persediaan bicara penuh. Sempat tunggu bincang masa lunch.
Semoga #majujaya kepada semua rakan peguam.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..