Friday, July 10, 2020

[647.20] AMBIL NASIHAT PEGUAM


Alhamdulillah selesai mengunjungi senior lawyer yang sedikit muda.
Kami para peguam juga kekadang bertanya dan menerima nasihat daripada peguam lain atas pengalaman mereka dalam melaksanakan tugasan. Tidak semestinya kami menerima dan bersetuju dengan pandangan mereka tetapi nasihat dan pengalaman setiap peguam adalah suatu yang berharga untuk dibandingkan dengan kajian perundangan yang dibuat termasuk pengalaman sendiri.
Begitu juga pihak awam yang meminta nasihat kami. Konsultansi kami adalah boleh dikenakan bayaran. Ada yang kenakan bayaran, ada yang sebaliknya.
Kami kenakan bayaran konsultansi atas faktor tugasan rasmi, pengalaman khas dan kemahiran kami yang tiada pada orang lain, masa kami, memastikan profesionalism san keseriusan pihak-pihak.
Kami memberikan nasihat pelbagai sudut pro dan kontra kepada faktor isu yang berbangkit, tetapi faktor kos, masa, kelebihan dan kekurangan litigasi dan sebagainya.
Pendek cerita, apabila ada orang awam datang meminta nasihat. Engan bayar fee konsultansi kemudian lebih suka membuatkan peguam justifikasi alasan dan pandangannya, lebih baik mencari peguam yang boleh memberi kata dan janji manis.
Orang awam patut tahu keadaan kelseluruhan kes dan masalah mereka sudut positif dan negatif dalam mengambilkira samada berbaloi atau tidak memulakan litigasi. Baru adil. Bukan nasihat yang sedap di halwa telinga pelanggan. Mahupun sedap pada hati pelanggan sahaja.
Pelanggan juga perlu memberikan ruang kepada pandangan penuh dalam masalah tersebut dalam memahami dan elakkan masalah lain di kemudian hati.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►