Wednesday, June 24, 2020

[𝟲𝟯𝟲.𝟮𝟬] 𝗙𝗜𝗥𝗠𝗔 𝗚𝗨𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗖𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗜𝗭


Sepanjang PKP dan 10 bulan ke hadapan memang akan memberikan cabaran getir kepada firma guaman terutama bersaiz besar.
Dengan masalah pendapatan berkurangan terutama firma besar yang bergantung kepada panel tertentu terutama bank-bank, pembayaran dan penstrukturan kembali kerja akan memberikan kesan kepada pendapatan, pembayaran dan jumlah kerja kepada firma guaman. Sekaligus memberikan impak kepada kewangan firma guaman.
Sehubungan dengan itu, pengecilan saiz firma sudut kerja, kakitangan, kewangan, operasi, overhead dan penjimatan lain akan berlaku. Selain itu, sudut penggabungan firma juga dilihat satu jalan efektif untuk lebih berdaya saing pada masa ini.
Namun, kesannya akan lebih ketara apabila kakitangan termasuk peguam mungkin kehilangan kerja. Tiada lagi atau akan berkurangan tawaran kepada Pelatih Dalam Kamar dan peguambela dan peguamcara.
Bagi mengelakkan kehilangan kerja dan bebanan kewangan firma, penstrukturan kerja dan gaji dengan skop kerja mungkin boleh dibuat dalam membantu firma guaman untuk bangkit semula.
Ada pemindahan premis firma dibuat bagi mengurangkan kos sewaan. Pemilihan barangan sewa beli seperti kelengkapan pejabat diperhalusi untuk kos yang lebih rendah. Penjimatan elektrik dan air dipertimbangkan.
Tiada kos dilihat akan dikurangkan kepada firma guaman, tetapi dilihat penyedia perkhidmatan akan memberikan khidmat lebih baik bagi menjaga klien yang ada seperti barangan pencetakan, pembersihan, item keperluan IT dan elektrik. Tiada nampak ketara bagi perkhidmatan yang bersifat monopoli seperti TM, TNB dan Syabas.
Menurut Majlis Peguam, bahang kian terasa apabila permohonan untuk pindahan pejabat, penukaran nama firma (pergabungan), dan penutupan firma kini dimohon.
Maka jika ingin melantik peguambela atau peguamcara, sila buat pemeriksaan kepada Majlis Peguam atau secara online di www.malaysianbar.org bahagian legal directory kerana mungkin firma guaman yang dilantik telah tutup atau peguambelanya telah menukar status kepeguamannya kepada firma guaman lain.
Bukan cakap kosong, dalam bulan Jun sahaja, terdapat beberapa kes sedemikian terjadi.
Setakat ini, apa yang kami tahu melalui rakan-rakan peguam, dilihat tiada kesan besar dilihat kepada firma kerana masing-masing cuba bertahan bagi mengekalkan kakitangan dan kerja yang ada. Selebihnya hanya 'bos' yang faham.
Namun, walaupun permasalahan kewangan timbul dan turut dirasai oleh peguamcara dan peguambela, nilai fee guaman semasa tidak semestinya berubah. Kalau ada yang berfikiran sedemikian.
Akhir kata, Gunakan khidmat firma guaman tempatan! 😆 (Di Malaysia ada firma antarabangsa)

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►