Wednesday, May 13, 2020

[598.20] PENZAHIRAN DAN PEMERIKSAAN DOKUMEN (DISCOVERY AND INSPECTION OF DOCUMENTS)


Aturan 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa bagi membenarkan pihak-pihak untuk #menzahirkan dokumen bagi diperiksa oleh pihak yang memohon penzahiran tersebut.
Berdasarkan kes #Yekambaran Marimuthu v. #Malayawata Steel Berhad [1993] 4 MLRH 380, terdapat tiga syarat utama bagi membenarkan penzahiran dan pemeriksaan dokumen tersebut iaitu:
i) Wujudnya #dokumen;
ii) Dokumen tersebut mestilah relevan; dan
iii) Dokumen yang dipohon tersebut berada dalam kawalan pihak yang diminta tersebut.
#Penzahiran dan #pemeriksaan dokumen di bawah Aturan ini juga hanya akan dibenarkan sekiranya #Mahkamah berpendapat bahawa ianya penting untuk memastikan keadilan dapat dicapai. Oleh itu, adalah penting untuk pihak yang membuat permohonan di bawah Aturan ini untuk memastikan dan menjelaskan kepada pihak Mahkamah bahawa dokumen-dokumen tersebut merupakan dokumen yang relevan.
Sehubungan dengan itu, pihak yang memohon penzahiran dokumen ini perlu untuk membuktikan kepada Mahkamah bahawa dokumen-dokumen yang dipohon adalah dokumen yang penting bagi memastikan keadilan dapat dicapai tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan bukanlah suatu tindakan untuk menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah semata-mata.
Keyron Nisa
[Selangor 4/2020]

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►