Friday, January 24, 2020

[548.20] ISU RESUME & PELATIH DALAM KAMAR DIPERLUKAN


Masih ada kosong untuk chambering?
Jawapannya ada satu kekosongan kerana Pelatih Dalam Kamar saya tamat bulan lepas.
Setakat ini tiada lagi pengganti baru sebab permohonan tiada..bukan musim kot.
Bila ada permohonan lebih sikit, kami panggil temuduga di pejabat kami.
Untuk Pelatih Dalam Kamar, kami tidak perlukan yang bijak sangat tapi berkeinginan untuk jadi bijak dan berdikari.
Gaji bukan besar tapi boleh la nak bayar sewa rumah dan belanja mak makan di hujung bulan.
Kalau ada berminat, emelkan resume kepada - admin@hishamnazir.com
Cuma pesan kami kalau nak hantar resume, pastikan beberapa item tersebut dipenuhi -
# Tolong letak gambar terkini. Kami tak tengok cantik tapi nak tengok juga. Kalau tak boleh jaga rambut dan pemakaian, macamana nak jaga fail kerja:
# Penguasaan bahasa & komputer perlu dinyatakan;
# Pengalaman kerja lalu, seminar dan aktiviti senaraikan. Jangan malu kerja despatch dulu-dulu. At least kami tahu survival anda;
# Nyatakan elaun/gaji cadangan. Jadi kami tahu macamana hidup awak. Persepsi dan cara berbelanja:
# Pengalaman dalam bidang perundangan.
# Lain- lain yang perlu.
Nota: Makan ubat-ubat dulu. Penangan masuk surgery room semalam.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►