Friday, January 24, 2020

[547.20] ETIKA PEGUAM LEWAT


Sepatutnya peguamcara Plaintif kena sentiasa awal. Ini adalah kes/tuntutan mereka.
Dulu kami diajar agar bila menjadi Plaintif, fail kerja ditatang dengan penuh kasih sayang. Kerja harus tip top.
Jika Peguamcara Plaintif lewat, mereka harus maklumkan kepada mahkamah atau peguamcara terpelajar lebih awal untuk merancang masa dengan baik.
Dalam masih ramai yang mempunyai budi baik untuk hubungi mahkamah dan peguamcara lawan tentang kelewatan, ada juga yang membuat peguamcara dan mahkamah tertunggu-tunggu.
Mohon maaf tidak menjadikan anda hilang kehormatan. ðŸ¤£
Percayalah, ia tidak baik untuk masa depan anda sebagai peguamcara dan juga sebagai individu.
Rancang masa dengan baik. Mahkamah dan peguamcara lain juga mempunyai kerja dan urusan yang tidak berhabisan.. bukan anda seorang.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►