Thursday, December 5, 2019

[533.19] FAKTOR-FAKTOR MITIGASI



Mitigasi merupakan salah satu cara untuk memohon #pengurangan #hukuman daripada mahkamah. Seksyen 176(2)(r) Kanun Tatacara Jenayah telah menyenaraikan beberapa kriteria yang akan direkodkan oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman kepada tertuduh. Mitigasi merupakan salah satu faktor tersebut.
Beberapa faktor #mitigasi yang sering digunakan termasuklah umur pesalah, rekod lampau pesalah, kesan sabitan dan hukuman terhadap pesalah, keadaan yang menyebabkan kesalahan tersebut dilakukan, kesihatan pesalah, kerjasama pesalah semasa siasatan dilakukan oleh pihak polis, pengakuan salah dan beberapa faktor lain.
Peguam kebiasaannya akan menggunakan faktor pengakuan salah sebagai faktor utama mitigasi kerana pengakuan salah dilihat sebagai salah satu faktor penting.
Di dalam kes PP v. #Sharithan #Patchemuthu, mahkamah memutuskan bahawa dengan pengakuan salah perlu diambil kira dan kebiasaannya hukuman akan dikurangkan sebanyak 1/3 hingga 1/4 daripada hukuman asal yang akan dijatuhkan. Namun, ini hanyalah prinsip am dan mahkamah masih akan mempertimbangkan faktor-faktor lain sebelum menjatuhkan hukuman.
Selain itu, #rekod #lampau #tertuduh juga akan digunakan untuk memohon pengurangan hukuman. Sekiranya ini adalah kesalahan pertama yang dilakukan oleh tertuduh, maka terdapat kemungkinan yang besar bahawa pengurangan hukuman akan diberikan kepada #pesalah tersebut.
Namun, sekiranya rekod pesalah menunjukkan bahawa pesalah pernah melakukan kesalahan lampau, mahkamah mungkin tidak akan mempertimbangkan faktor mitigasi ini malah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada tertuduh.
Mitigasi ini dilakukan oleh pihak tertuduh atau peguambela bagi memastikan tertuduh mendapat hukuman yang adil dan wajar. Mahkamah mempunyai kuasa sama ada untuk menerima atau menolak faktor mitigasi yang dihujahkan. Dalam memberi keadilan kepada tertuduh untuk menerima hukuman, mahkamah masih akan mempertimbangkan kesan hukuman tersebut kepada #mangsa#keluarga mangsa dan yang paling penting, demi kepentingan awam.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►