Thursday, December 5, 2019

[497.19] ISU TANAH KAMPUNG BARU



Ramai yang bertanya bab tanah minggu ini. Kg Baru dan Paya Jaras.
Saya rasa artikel sahabat kita ni menarik untuk asas isu Kampung Baru.
............................................
Saya nak beri komen berdasarkan pengalaman sebagai pemaju tanah dan juga seorang kontraktor perumahan.
Untuk pemilik tanah, jika anda nak jual tanah pada kerajaan atau kerajaan bercadang nak ambil alih, semaklah laporan penilaian dari penilai swasta (valuer).
Pengalaman saya, biasa apa yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) oleh kerajaan tidak lari jauh dari laporan penilai swasta.
Jangan berpandu pada tanah berhampiran anda sahaja sebab boleh jadi tanah berhampiran anda tu status bangunan dan komersial, tanah anda pula status pertanian.
Boleh jadi tanah berhampiran anda tu rezab non Bumi sedangkan tanah anda rezab Melayu.
Boleh jadi tanah berhampiran anda di kelilingi oleh bangunan pencakar langit, akses kemudahan awam dan infra yang lengkap sedangkan tanah anda pula dikelilingi rumah kampung.
Dan boleh jadi transaksi semasa tanah berhampiran anda tu RM 2000 sekaki sedangkan transaksi semasa tanah tanah bersebelahan anda RM 700-800 sekaki.
(transaksi semasa disemak berdasarkan pindah milik yang diisytihar di LHDN dan juga pejabat tanah).
Jadi, yang sebetulnya nilai tanah anda datang dari laporan penilai dan ia pasti berbeza atas sebab faktor diatas.
Kalau niat anda nak jual pada kerajaan dengan harapan apabila dibangunkan perumahan nanti dijual pada orang Melayu sahaja, tentunya harga tanah yang anda perlu jual munasabah.
Jika harga tanah anda mahal, janganlah pula paksa kerajaan lepas ni buat rumah dan jual murah untuk orang Melayu sedangkan anda sendiri nak jual mahal pada kerajaan melebihi daripada harga penilaian.
Adakah solusi terbaik biarkan begitu tak perlu jual pada mana mana pihak hatta kerajaan?
Tak perlu jual, biarkan begitu sebenarnya merugikan anda sebagai tuan tanah. Apabila kerajaan tidak ambil alih, tanah tersebut lambat laun berpotensi menjadi tanah pusaka apabila anda tiada didunia kelak.
Boleh jadi pewaris tanah ni akan menjadi sampai berpuluh nama dengan nama anak-anak, cucu-cucu.
Apabila jadi situasi begini, lebih sukar nk capai kata sepakat hatta dalam famili sendiri menyebabkan ia terbengkalai begitu sahaja.
Jangan fikir mudah nak offer pada pemaju nak beli mahal mahal sebab plot tanah anda mungkin 4000 kaki, 6000 kaki sahaja atau 8000 kaki sahaja. Untuk bangunkan tanah ni memang tak dapat la sebab tak cukup syarat untuk dimajukan, jadi anda deal dengan direct pada pemaju pun, pemaju takkan berani beli atas sebab tak cukup syarat saiz tanah minima untuk pemajuan.
Saya banyak jumpa tanah yang mana apabila jadi pusaka, terbiar dan terbengkalai begitu sahaja. Anak dan cucu tak dapat benefit apa apa sebab banyak pertikaian.
Yang cakap jangan jual pada anda tu biasanya geran tanah tu bukan nama dia. Bolehlah cakap begitu, cuba geran tanah tu nama dia, tengok macam mana reaksi.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►