Wednesday, December 4, 2019

[447.10] PEGUAM LANTIKAN MAHKAMAH & BANTUAN GUAMAN



Soalan - "kami tiada duit, macamana nak lantik peguam"
Jika kita menghadapi masalah kes di Mahkamah dan tidak berkemampuan untuk melantik peguam, masih ada cara untuk di wakili. Antaranya ialah:
Yayasan Bantuan Guaman dikendalikan oleh Majlis Peguam Malaysia yang mana bayaran dilakukan oleh kerajaan kepada peguam yg kendalikan kes. Orang awam tidak perlu membuat bayaran. Berbeza dengan Bantuan Guaman Peguam suatu ketika dulu yang perlu membayar fee minima kepada peguam.Hanya terhad kepada kes jenayah tidak melibatkan hukuman mati.
Biro Bantuan Guaman di bawah Jabatan Undang-Undang pula menawarkan bantuan kepada kes perkahwinan dan jenayah. Tiada bayaran dikenakan.
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pula melalui Badan Kehakiman menawarkan bantuan guaman melalui lantikan Mahkamah seorang peguam senior dan berpengalaman dalam kes melibatkan hukuman mati. Tiada bayaran dikenakan kepada orang awam. Cuma tidak boleh pilih peguam mana yang bakal dilantik. Nasib la!
Jadi jangan beranggapan perlantikan peguam hanya berbayar. Masih ada beberapa jalan mudah untuk dapatkan peguam tetapi kena usaha sikit. Cuma tidak boleh memilih.
Malah Majlis Peguam Malaysia juga ada membuat program lawatan ke penjara setiap minggu melalui program Latihan Dalam Kamar bagi menemubual tahanan yang memerlukan khidmat peguam.
Semoga bermanfaat.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►