Saturday, May 25, 2019

[390.19] #REDACTION ORDER (PERINTAH REDAKSI)




[390.19] #REDACTION ORDER (PERINTAH REDAKSI)

Walaupun ada perkara #rahsia dan sulit tentang satu #ekshibit samada kerahsiaan melibatkan kerahsiaan negara atau perniagaan atau apa sahaja alasannya, ia tidak menghalang ekshibit dan #bukti itu ditunjukkan kepada mahkamah.

Tanpa pengemukaan, ekshibit itu dianggap tidak wujud. Jika ia melibatkan kerahsiaan, maka pihak berkenaan boleh memohon satu perintah #redaksi kepada #Mahkamah dan ekshibit itu boleh ditunjukkan kepada Mahkamah dan Mahkamah akan memutuskan samada item berkenaan boleh diklasifikasikan sebagai rahsia atau sebaliknya.

Jika mahkamah berpandangan ia adalah satu kerahsiaan dan perlu dirahsiakan, maka satu perintah redaksi boleh dikeluarkan terhadap pengemukaan ekshibit tersebut. Pengemukaan hanyalah kepada mahkaman dan pihak lawan dalam #akses yang terhad dan halangan kepada pihak selain mereka yg terlibat sahaja.

Malah ia boleh dikemukakan dan ditunjukkan kepada mahkamah dan pihak lain bagi tujuan bicara tanpa salinan bagi simpanan pihak lawan tertakluk kepada #arahan dan #perintah Mahkamah.

Alhamdulillah.
Kita belajar benda baru hari ini.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►