Saturday, May 25, 2019

[380.19] BERAPA KALI KES JENAYAH BOLEH DIBICARAKAN


[380.19] BERAPA KALI KES JENAYAH BOLEH DIBICARAKAN

Bekalan sungkai kami di hari minggu,
Rekod Rayuan #Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Tinggi sabitkan dan dihukum gantung. Mahkamah Rayuan sahkan #hukuman gantung.

Peluang akhir untuknya.

-----------------------------------------

Bicara hanya sekali iaitu mahkamah yag pertama ia didakwa. Kecuali ada #perintah agar dibicarakan semula.

Bicara maksudnya dibicarakan dengan dokumen dan ekshibit lain bersama keterangan terus saksi-saksi dengan peluang soal.

Rayuan 2 kali selepas bicara di Mahkamah yang lebih tinggi oleh pihak yang terkilan (kalah kes). Bagi kes bermula di Mahkamah Tinggi, boleh terus memohon #rayuan. Bagi kes daripada mahkamah rendah, ada kes tertentu memerlukan kebenaran khusus untuk merayu di Mahkamah Rayuan (rayuan kali keduanya)

Kemudian ada #permohonan semakan jika ada melalui #Notis #Usul atau sebagainya. Ini bukan prosedur biasa. Tapi ada org buat.

Rayuan pengampunan kepada Sultan/Raja di negeri dia didakwa.

Selepas itu tiada lagi peluang untuk dia didengari sudut #perundangan.

#criminallawyer #hishamnazir
#semakankehakiman #peguamjenayah

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►