Budaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu secara tidak langsung boleh mengakibatkan fokus pemanduan terjejas sekitar lima hingga 10 saat atau pada kelajuan normal di lebuh raya, kenderaan seolah-olah bergerak tanpa kawalan kira-kira 160 meter.
Pakar Kejuruteraan Lebuh Raya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Madya Dr. Mohd Ezree Abdullah berkata, ini termasuk pemandu menggunakan aplikasi seperti navigasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), menghantar atau menerima mesej, mengemas kini status dalam media sosial dan bermain permainan video.
Dalam situasi itu tidak ramai pemandu menyedari yang mereka sebenarnya telah mengalihkan pandangan pemanduan mereka dan menghilangkan fokus terhadap kenderaan yang sedang dikawal sekali gus boleh mengundangkan kemalangan jalan raya, katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Bacaan selanjutnya menerusi Kosmo Online di bawah.
Cnp dr page polis diraja malaysia
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..