Monday, October 22, 2018

(312.18) KENA TIPU DENGAN "PEGUAM HEBAT"





















Ramai pakai letterhead peguam mengatakan itu ini. Periksa dulu samada ia datang daripada firma guaman dan peguam yang betul-betul wujud.
Ramai juga pakai emel peguam (seolah-olah) dan membuat macam-macam penipuan. Kedua cara ini pernah kena pada saya sendiri. Saya ada maklum kepada peguam terlibat dan Majlis Peguam Malaysia agar peguam lain juga berhati-hati.
Baru-baru ini ada warga tempatan komplot dengan bangladesh tipu atau cari untung dengan kes jenayah melalui misled kepada peguam. Last tiada bayaran diterima, peguam nak taknak buat kes, tuduh peguam tipu la apa.. ugit macam-macam. Entah berapa banyak untung atas angin.
Dulu saya pernah dihubungi oleh peguam-peguam dan penguatkuasa daripada eropah, australia dan Amerika berkenaan emel dan surat guaman kononnya daripada saya tentang transaksi kewangan si mati kononnya klien saya. Kalau saya pegang kewangan billionaire dalam akaun klien saya, tak perlulah kerja ke sana ke mari.
Semalam berulang lagi tapi lebih berani apabila seorang wanita mesej saya dan sangkakan saya seorang peguam berbangsa india yang telah dibayar bagi satu kes kehilangan wang di bank.
Nombor telefon yang dibekalkan oleh peguam hebat itu ialah telefon saya. Saya bukan sahaja tidak menerima wang tersebut. Tidak berada tempat-tempat tersebut. Tidak juga berbangsa sama yang dikatakan.
Senang percaya dan bayaran dibuat tanpa check ketulenan dan tanpa resit. Dah lama berlaku baru nak try nombor telefon yang dibekalkan.
Lagi menghairankan kes sivil dikatakan dikendalikan melalui jenayah. Masyarakat patut lebih cakna tentang isu asas perundangan Malaysia.
Sekali fikir, senang korang cari duit dengan menipu. Menambah kerja saya tidak pasal-pasal. Entah nanti kena bagi keterangan kat polis pulak. Rugi masa dan kos atas sikap mudah percaya.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►