Monday, October 22, 2018

[313.18] KES LANGGAR CYBERJAYA - PERTUDUHAN SEKSYEN MANA PATUT DIKENAKAN? (Tanya Pembaca Page FB ini)


Kalau dikira tindakan melibatkan kemalangan pejalan kaki dan kereta yang bergerak atas pemanduan, maka seksyen boleh dikenakan di bawah pertuduhan seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kalau dikira daripada fakta kononnya pemandu dan penumpang berang dan mengamuk kerana Pak Guard tidak beri ruang untuk parking dan telah membuat pemanduan melulu serta menyebabkan kemalangan atau pelanggaran kepada pejalan kaki yang boleh mencederakan atau sehingga menyebabkan kematian atas tindakan itu, maka saya berpandangan boleh dituduh di bawah membunuh tanpa niat seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Namun jika dikira kepada perlakuan sedemikian dan telah menyeret di mati dengan sengaja dan mempunyai jarak tertentu seretan tersebut dan tindakan itu pada logiknya akan menimbulkan kecederaan parah dan sudah tentu boleh menyebabkan kematian maka pendakwaan mampu menimbulkan elemen niat telah wujud antara masa perlanggaran dan seretan untuk menyebabkan kematian dengan niat semasa sereta kepada pejalan kaki berkenaan. Sedemikian boleh dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati.

Namun, praktikalnya dan kemungkinan pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan atas sebab elemen berkaitan pemanduan, kenderaan, perancangan, niat, pengetahuan dan sebagainya.

Tetapi seksyen 304 dan 302 masih boleh dipertimbangkan sebaiknya. Kuasa pendakwaan adalah pada budibicara Peguam Negara selaku pendakwaraya di Malaysia.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►