Thursday, July 19, 2018

[147.18] ANAK TIDAK MAHU SERAHKAN HAK ORANG DI BAWAH PUSAKA



Ini isu perundangan tetapi lebih saya suka postkan cerita sebegini sebagai kesedaran masalah sosial orang kita dalam kehidupan yang seolah tidak beragama atau tidak mempunyai amanah. Tamak harta sahaja!

Sebahagian tanah kecil daripada satu tanah hampir 2 relong itu dijual oleh arwah ayah mereka kepada satu keluarga yang memerlukan tempat berteduh.

Dijual sebahagian kecil sahaja cukup bagi satu buah rumah. Harga jualan adalah harga yang biasa pada masa tersebut. Terdapat dokumen jual beli tanah tersebut secara tunai yang disetemkan.

Terdapat saksi-saksi hidup yang boleh membuktikan jual beli berkenaan. Malah keluarga dan anak-anak penjual yang kini membesar juga tahu mengenainya. Tetapi bila melibatkan harta dan walaupun ia tidak selaba mana, tamak menguasai diri.

Usah bercerita tentang hukum agama. Usah tazkirahkan tentang amanah dan hak. Tanah sekangkang kera masih jadi rebutan.

Terpaksalah si pembeli dan anak-anak kecil mereka mengeluarkan belanja berlebihan bagi mendapatkan hak undang-undang kepada pemilikan tanah berkenaan. Terpaksa merisiko pelbagai situasi kepada hak mereka sedangkan jika kerjasama dan agama di utamakan, perkara ini mungkin senang diselesaikan.

Sekadar untuk difikirkan.

NOTA: Gambar sekadar hiasan.

Untuk Artikel lain, sila rujuk kepada:
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.wasap.my/60139307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►