Tuesday, July 10, 2018

[136.18] LIMITASI MEMULAKAN PROSIDING PERUNDANGAN SIVIL



Bagi pertuduhan jenayah, tiada limitasi memulakannya. Jika jenayah berlaku pasa tahun 1990, pertuduhan boleh dibuat pada 2045 atau bebila masa.

Namun bagi sivil ada masanya. Umumnya tempoh masa adalah 6 tahun daripada masa yang boleh memulakannya. Tamat 6 tahun, tiada lagi prosiding boleh dimulakan. Ini tertakluk kepada Akta Had Masa.

Namun bagi prosiding ke atas pihak kerajaan atau individu dan jabatan melibatkan kerajaan, limitasi terhad kepada 3 tahun sahaja.

Bagaimana tempoh ini bermula, daripada masa hak anda boleh menyaman. 

Contoh; A pinjam duit B RM26,000.00 dan janji untuk bayar balik pada 4 Julai 2018. A gagal bayar, B boleh mula menyamannya pada 5 Julai 2018. 6 tahun bermula daripada tarikh tersebut.

Ada 2 persoalan mengenainya pada minggu ini melibatkan tuntutan kecuaian terhadap kerajaan. Kes yang baik untuk menang dalam tuntutan tetapi tempoh telah melebihi masa iaitu satu kes lebih 2 tahun dan satu lagi lebih 1 tahun.

Prosiding sivil tertakluk kpd limitasi masa bukan sahaja untuk memulakannya tetapi apa sahaja ada tempoh masanya. Hati-hati dengan masa.

Gambar ini laku keras di IG. Dah laku kita letak lagi..😎
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►