Tuesday, July 10, 2018

[134.18] JANGAN AMBIL HAK FARAID ORANG LAIN.


Dalam bulan ini ada dirujuk 3-4 kes berkenaan faraid. Mengambil mudah ambil hak orang lain.
Kes pertama:
Beberapa beradik daripada isteri pertama bapanya menafikan hak isteri kedua bapa dan anak-anak bapanya (tiri).
Sedikit nasihat beberapa beradik setuju dan membahagikan menurut faraid. Hubungan mereka erat dan baik selepasnya.
Kes kedua:
Faraid telah dibahagikan. Kemudian sebahagian kecil harta telah dituntut oleh seorang cucu yg dikatakan anak angkat tetapi didaftarkan secara salah.
Mahkamah syariah tidak menerima keterangan bersumpah orang tua lama kampung berkenaan dan berpegang kepada dokumen Jabatan Pendaftaran Negara. Sebahagian kecil diputuskan milik cucu tersebut.
Tiada sumpah daripada cucu berkenaan dakwaan anak angkat. Dalam proses rayuan tetapi tipis untuk diubah keputusan berkenaan.
Anda sanggup makan harta bukan hak anda?
Kes ketiga:
Faraid tidak dibahagikan sehingga penerima meninggal dunia. Faraid telah dibahagikan kemudian tanpa memasukkan hak anak-anak penerima yang meninggal.
Tak rasa bersalah?
Suka atau tidak, kes mengambil hak orang adalah suatu kebiasaan sekarang tanpa rasa bersalah.
Tiada didikan dan kesedaran agama?
Atau ia menjadi adat dan biasa dalam zaman sekarang?
Nak ubah, ubah anda dan anak-anak anda.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►