Wednesday, June 27, 2018

[126.18] "BOLEH KOMEN SIKIT PASAL PENGGUNAAN BAHASA MELAYU"



Pertama, isu perkataan bahasa melayu atau bahasa Malaysia ada beberapa pertukaran nama rasminya kepada bahasa dalam beberapa kali. Namun apa yang penting bahasa asas yang menjadi bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu. Ini kita sebut sebagai bahasa rasmi.

Bahasa rasmi adalah bahasa yang dijadikan perantaraan kepada semua bangsa dan agama di Malaysia yang mana peruntukannya termaktub di dalam perlembagaan mahupun akta khusus tentangnya.

Selain perantaraan sosial dari sudut bahasa, ia adalah bahasa rasmi perantaraan kepada urusan rasmi. 

Apabila disebut sebagai urusan rasmi, maka kesemua urusan melibatkan kerajaan kepada rakyat dan rakyat kepada jabatan kerajaan adalah dianggap urusan rasmi. Maka penggunaan bahasa adalah bahasa Melayu. Dalam erti kata lain sekiranya mana-mana pihak menggunakan bahasa melayu dan tidam difahami, maka tidak menjadi suatu kesalahan atau sebab untuk menukar kepada bahasa lain.

Nampak tak pentingnya pemahaman dan pertuturan dalam bahasa rasmi. Sebab tu kena lulus exam.

Ada satu kisah di kalangan peguam. Seorang peguam senior (sudah meninggal) tidak dapat hadir ke Mahkamah dan mengarahkan peguam junior untuk hadir di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yanh dikatakan berbangsa Melayu tetapi tidak mampu bercakap fasih falam bahasa melayu tetapi lebih utamakan bahasa Inggeris.

Kata peguam senior, "Kalau tidak boleh jawab pertanyaan peguam, cakap je dalam bahasa melayu"

Pendek cerita, selaku hakim yang faham undang-undang beliau sendiri tidak mampu menyalahkan peguam muda itu kerana kekurangannya berbahasa melayu dan peruntukan perundangan yang jelas. Beliau selaku Hakim 'cengei' sendiri gelak hari tersebut.

2 hari lepas saya sendiri menjawab surat seorang peguam yang berpejabat di Kuala Lumpur. Satu surat pendek sebagai jawapan kepada suratnya dan kepilkan beberapa dokumen. Jenuh buat ayat dalam bahasa inggeris, sekali tengok balik suratnya yang lepas, semuanya dalam bahasa melayu.

Jarang nak jumpa surat dalam bahasa melayu di kalangan peguam kecuali di bandar-bandar majoriti melayu seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Sebagai penghargaan, saya jawab dalam bahasa melayu.

Satu terjemahan atau dwibahasa bagi pemahaman tertentu tidak dilarang tetapi penggunaan bahasa utama adalah bahasa rasmi. Konstek di Malaysia ialah bahasa melayu.

Selaku peguambela, memang saya menggunakan bahasa melayu dalam prosiding mahkamah melibatkan saya kecuali saksi warga asing berbahasa inggeris atau melibatkan orang kena tuduh (OKT) warga asing, terpaksa menggunakan bahasa inggeris. Malah banyak terma perundangan terpaksa menggunakan bahasa inggeris yang lebih sampai dan tepat maksudnya.

Sebagai bahasa rasmi yang diwajibkan lulus dan dipelajari, ia bukan sahaja menjadi alat perantaraan memudahkan apa jua urusan tetapi sebagai satu alat kepada kesatuan sosial antara pelbagai kaum di Malaysia.

Selain kebaikan dalam tolenrasi penggunaan bahasa rasmi ini, ambillah peluang juga mempelajari bahasa rakan-rakan kita. Selurang-kurangnya memahami sedikit sebanyak adat mereka.

Bercakap tentang bahasa, tahukah anda di Mahkamah ramai melayu menjadi jurubahasa cina. Cina menjadi jurubahasa dialek negeri. India menjadi jurubahasa melayu. Itu belum campur jurubahasa bahasa asing yang dikuasai oleh rakan-rakan kita di Malaysia.

Di Mahkamah Sungai Petani, jurubahasa berbangsa cina, melayu dan india boleh "membawang" dalam bahasa tamil. Bahasa melayu selaku bahasa rasmi dan inggeris memang fasih la.

Tidak mahu panjang isu bahasa atas nama politik, tapi tonjolkan kebijaksanaan kita dengan memberikan kesan baik kepada semua pihak.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►