Friday, February 2, 2018

"PEGUAM JANGAN AMBIL KES JENAYAH SEKIRANYA TIADA PENGALAMAN" - YANG ARIF HAKIM


Kami turun daripada Kuala Lumpur ke Utara Malaysia. Kebetulan ada 2 kes hari itu. Salah satunya adalah kes rayuan kepada sabitan dan hukuman yang mana anakguam merupakan Perayu dan telah disabitkan kesalahan samun dan telah dikenakan hukuman pemenjaraan.

Pihak kami kami telah menyediakan kesemua kehendak rayuan berkenaan. Dalam satu sebutan di hadapan Yang Arif Hakim, beliau bertanyakan saya, "bukan awak buat kes ini kan masa di Mahkamah Sesyen"

"Bukan saya Yang Arif" jawab saya ringkas

"Saya tengok banyak yang agak tidak kena dengan kes ini. Keterangan pembelaan langsung tidak boleh guna. Saya rasa awak paham dan itu sebab kenapa awak hanya hujahkan berkenaan isu ke arah prima facie sahaja (hujahan bertulis) dan awak patut hujahkan perkara itu sahaja. Keterangan Pembelaan tidak membantu" Yang Arif nampak mengeluh panjang.

"Saya tak tahu lah tapi saya rasa Hisham dan Puan DPP faham lah. Orang awam ni tak tahu peguam ni tak semua sama. Ada jenis tak pandai buat kes jenayah tapi ambik kes juga. Ini penaya orang woo. Hidup mati orang. Masa depan orang. Kalau tidak pandai atau tidak berpengalaman, Jangan ambil kes jenayah. Kesian kat klien." Kata Yang Arif sambil belek hujahan bertulis dan Rekod Rayuan.

Yang Arif Hakim memandang DPP "hari tu ada satu kes rogol. Kena sabit dan hukum. Bukan saya nak memihak kepada sesiapa tetapi orang awam patut diberikan peluang yang bagus membela dirinya. Bila mari merayu sini, Mahkamah terikat dengan apa yang ada. Kita nak salahkan siapa?. Yang pasti, kena hukuman nanti anakguam kita"

Tidak semua peguam sedemikian tetapi kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga. Ini yang perlu kita elakkan. Maka peguam juga perlu amanah kepada diri sendiri. Jika tiada pengalaman maka cari pengalaman. Jika tiada ilmu maka mulakan membaca dan belajar daripada mana-mana sumber.

Supaya kerjaya ini lebih dihormati dan tidak dihina atas kelemahan yang kita sendiri tidak mahu ubahkan.

Artikel lain sila rujuk:
www.twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.fb.com/criminallawyermalaysia
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►