Monday, February 26, 2018

JANJI BULAN DAN BINTANG LAGI?


Berpagi berkejar ke airport
Bukan kata gelap
Ayam pun masih lena
Mencari sedikit laba untuk selembar dua pizza.

Selain daripada kes, ada temujanji bagi kes SOSMA dan SPRM. Dua kes yang jarang-jarang saya handle. Malah tidak ramai peguam pakar bab perundangan ini. Peguam senior kebanyakannya juga merendah diri bila dua jenis pertuduhan sebegini. Tapi ramai juga lawyer dakwa mereka pakar dalam SOSMA atau SPRM.

Jarang benar jumpa rakan-rakan peguam saya mengakui mereka pakar bab itu dan ini. Kebanyakan merendah diri biarpun banyak mendapat keputusan bicara yang memihak kepadanya.

Dalam bidang guaman ini pakar agak subjektif. Entah macamana elok diberikan takrifan. Jika bersandarkan kepada jumlah kes menang, tak semestinya. Jika kepada banyak kes diperoleh, tout lagi mudah dapat kes.

Bukan apa, saya jumpa seorang dua orang awam yang cakap seolah-olah kita bagi nasihat yang salah berbanding peguam yang lain. Kami tidak kisah, asalkan fee konsultasi dibayar.😅 Pandai-pandai lah mereka memilih kerana hak mereka.

Peguam memberikan khidmat berdasarkan keperluan kes. Bukan menjanjikan bulan dan bintang bagi mendapatkan kes dan laba.

Bila janji dan nasihat yang salah mendatangkan masalah, kes akan bermasalah. Hubungan dan kepercayaan orang awam kepada peguam akan lebur. Yang lain turut terpalit.

Last sekali peguam lain kena cuci masalah yang timbul di Mahkamah. Paling tidak seronok, peguam lain kena betulkan persepsi kepada klien.

Balik nanti ada temujanji lagi. Harap semua dipermudahkan. Kalau boleh tidak mahu ambil kes separuh jalan.

Artikel lain di-
www.fb.com/criminallawyermalaysia
www.twitter.com/hishamnazirco
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
 — at Kuala Lumpur International Airport.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►