Friday, January 19, 2018

MODAL AIR LIUR?




Hari ini hadiri Mahkamah di Pulau Pinang. Mahkamah atasan dan bawahan. Di Pulau dan di tanah besar.

Beg tayar besar 2-3 biji heret ke sana ke mari. Dokumen yang makan masa bertahun. Fee yang dah dikeluarkan tak perlu dihitung. 

Kalau dokumen penting dah 3 bag. Bagaimana hujahan kelak. Salinan dokumen kepada opponent, hakim dan deraf itu ini. Belum masuk kes law.

Macam ni lah peguam cari makan. Sana ke mari. Atas dan bawah jalankan urusan masalah orang.

Dengan pengalaman dan komunikasi yang baik serta ilmu yang diperolehi selama bertahun-tahun memudahkan segala urusan.

Itu pun masih ramai orang kata peguam kerja 'tanpa modal'. Kalau ada, pegilah ke peguam sana. Masih banyak masalah nak kami selesaikan.. Takdan nak fikir masalah orang saja-saja.

NOTA: Semalam dengar bicara tuntutan sivil kos hospital ratusan ribu ringgit. Tak sembuh langsung pun, setakat survive. Bil masih berterusan. Tapi usaha ada kosnya. Fee lawyer takla tara tu.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►