Thursday, December 7, 2017

NIAT BERSAMA DALAM JENAYAH


Daripada Kuala Lumpur, ke Mahkamah Kuala Terengganu dan hari ini saya di Kompleks Mahkamah Kuantan bagi satu kes dadah.

Nak cerita tentang niat bersama. Samada ada pre-plan atau ditangkap bersama dan dituduh bersama bagi satu subjek yang sama.

Sebagai contoh, dadah ditemui di dalam rumah. Maka polis boleh menahan kesemua yang ada di dalam rumah berkenaan dan dan pendakwaraya boleh tuduh kesemuanya secara bersama di bawah akta yang sama sebagai mempunyai niat bersama-sama ke atas dadah tersebut.

Samada pertuduhan berkenaan mengenai pengedaran atau pemilikan adalah isu pertuduhan.

Pendek kata, apabila tangkapan dilakukan secara bersama semasa jenayah dilakukan, pertuduhan niat bersama boleh dibuat ke atas anda.

Bergantung kepada peguam untuk mengarah minda kerjanya bagaimana untuk menimbulkan pembelaannya atau keraguan terhadapnya.

Nak pendek cerita lagi, berkawan kena memilih. Orang lain buat hal, dengan kita sekali kena dakwa. Kalau kena macam pertuduhan berat seperti pengedaran dadah bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, tak pepasal tidak boleh jamin.

Tersadai di dalam penjara sehingga kes diputuskan kelak. Berapa tahu ruginya. Kena pula kes dadah adalah strict liability, jenuh nak menepis nanti. Bukannya jalan singkat buat peguambela.

Kalau lawyer charge mahal, kang kata mahal pulak. Cegah awal-awal. Cakap tak pakai modal ni, nasihat buat lawyer miskin ni.. ðŸ¤£

Jumpa lagi, on the way to Kota Bharu Court. Salam sayang dari Pantai Timur.

NOTA: Isu niat bersama pernah saya tulis. Google la nyer!

Artikel lain di:
fb.com/criminallawyermalaysia
twitter.com/hishamnazirco
instagram.com/hishamnazirdotcom
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►