Tuesday, July 18, 2017

JGN PANDANG ORANG BERNIAGA SEMUA KAYA.


"Kemas abang la ni. Kaya dah!" Kata kawan lama seuniversiti yg kini pegawai kanan kerajaan.

"Eh! Kao yg bina banglo separuh juta. Hujung bulan dapat gaji besar. Setahun 2-3 kali post gambar melancong luar negara, aku pulak yg dikata hebat" saya sindir kona baring.

Kekadang jumpa rakan yg makan gaji ni, itulah pandangan mereka. Baik kerajaan baik swasta. Tanggapan Orang berniaga adalah kaya. Sedangkan rumah mereka lagi besar dan mewah cara belanjanya.

Hujung bulan dapat lump sum dengan kadar banyak. Sedangkan kami peniaga belum tentu makan banyak atau sikit. Kerana ada mulut-mulut lain yg perlu kami fikirkan agar mereka bergaji. Belum ditambah dengan beban kos lain.

Sahabat, anda memandu kereta atas kehendak. Malah ada 2-3 kereta. Kami memandu kereta juga tetapi kereta kami biasanya dibeli atas keperluan perniagaan kami. Senang nak bawak barang, kami beli hilux atau sebesar lori. Jenis jumpa klien, bawalah kereta cantik sikit tapi murah-murah.

Bila ada nak sponsor, anda cari kami. Tak bagi kata kedekut. Kami cuma minta sahabat tengok atas bawah diri sendiri. Siapa yg lebih berbelanja.

Kami orang berniaga mmg suka memberi kerana itu pintu menjemput rezeki tapi masing2 ada caranya. Ada asnafnya. Ada NGO nya. Anda tak dpt sponsor kami, bukan bermakna kami kedekut atau jenis menyimpan harta.

Di kala kami berkemampuan pun, kami tahan kemahuan kami mahupun anak-anak agar boleh berkongsi dengan yg tidak bernasib baik. Jadi janganlah hakimi orang macam kami terlalu cepat.

Nak kata banyak lagi ni, tapi saya lebih suka menyebut bahawa mentaliti perlu diubah. Untuk kebaikan di masa hadapan.

Nota: Mai nak bicara kes jenayah. Nampak signboard "MELAKA PINDAH". Boleh balik tak?
 — at Kompleks Mahkamah Alor Gajah.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►