Friday, April 7, 2017

PRESIGNED CHEQUE OLEH PEGUAM


Mahkamah Tinggi hari ini kekalkan sabitan salah terhadap peguam bagi kesalahan presigned cheque, kegagalan mengawalselia pengeluaran cek-cek dan tindakan pekerjanya yang juga peguam dalam mengunakan cek.

Salah laku yang berlaku sehingga kehilangan hak seorang klien ke atas wang yang dipegang selaku stakeholder oleh peguamnya itu. 

Namun, atas teknikaliti di bawah seksyen 103D yang melibatkan keputusan Diciplinary Board dan merujuk kepada cadangan Diciplinary Committee, Mahkamah telah mengubahsuai hukuman dibuang daripada daftarai kepada pergantungan selama 3 bulan sahaja daripada 21 hari tarikh perintah.

Namun, restitusi ke atas jumlah kerugian dikekalkan dan perlu dibayar semula kepada Pengadu.

Hati-hati peguam di luar sana. Kita mempercayai atas dasar tertentu dan mempunyai alasan yang kukuh. Tetapi ruang untuk dikhianati oleh sesiapa sahaja yang amat dipercayai atau disayangi boleh terjadi.

"Saya tak mau kata tinggalkan sikit keraguan pada yang tersayang. Tapi saya nak kata, tinggalkan sikit amaun dalam bank kepada saya.. haha"
 — feeling tired at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►