Pagi ini saya tersentuh
Saya dihubungi oleh seorang ibu tua berbangsa cina
Dia hanya ada sebuah rumah
Sebuah kereta lama
2 Fixed Deposit di dua bank berbeza
Dan beberapa barang kemas.
Semua itu diperolehi daripada peninggalan suaminya
Harta itu tidak seberapa katanya
Saya meneka, ia dalam lingkungan RM3-5 juta
Dia terdiam seketika selepas kedengaran ceria
Dia tidak meneruskan kata
Saya bertanya, "bunyi macam sihat, kenapa nak buat wasiat"
"Saya akan masuk bedah bulan depan. Saya takut kalau saya mati. Saya nak bagi semuanya pada anak saya" katanya
"Oklah auntie. You bawa semua detail dan dokumen. Tak kisahlah berapa wang you. Charge saya sama sahaja."
"Nanti saya CUBA hubungi anak saya. Anak saya di XXXX (sehari naik flight)......"
Baru kisahnya bermula
Pendek cerita, saya memberikan telinga untuknya
Dia sebak dan jelas ia kedengaran.
Bagaimana si anak melepaskan peluang di bumi Malaysia
Hanya untuk berada di kejauhan
Hanya kerana wanita dan harta dunia
Sedangkan Ibumu sanggup melepaskan segalanya untuk kamu
Tazkirah bermanfaat untuk kita
Kasih di sekeliling perlu dihargai
Kerana akan sampai masanya, kita akan menyesalinya
NOTA: Gambar sekadar hiasan.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..