Friday, April 7, 2017

MASALAH UTAMA MAHKAMAH SYARIAH BAGI ORANG AWAM



Antara masalah utama yg menjadi rosak nama baik Islam melalui mahkamah syariah di mata org awam ialah kelewatan dalam melupuskan kes.
Benar banyak kes dilupuskan dalam masa terdekat tetapi kes bagaimana. Orang awam yg mempunyai masalah di mahkamah syariah menyatakan masalah utama mereka adalah birokrasi.
Bgaimana perlunya Mahkanah Syariah mempertimbangkan satu mekanisma dalam mempercepatkan kes dalam mengurangkan penderitaan terutama kaum ibu.
Saya ada satu klien tetapi kes sivil. Apabila dia mula hadir temui saya, persoalan pertama "berapa lama masa yang akan diambil"
Saya menyatakan standard boleh cecah setahun bagi keseluruhan kes. Air mukanya berubah dan mula menceritakan kesnya di Mahkamah Syariah. Jangankan permohonan dan saman utama, dalam masalah yang timbul terdapat 3 permohonan komittal difailkan. Ketiga -tiga permohonan komittal telah difailkan dalam 2 tahun lepas tetapi masih belum lagi didengar.
Di Mahkamah sivil, pengalaman saya mengendalikan kes komittal boleh didengar dan diputuskan paling lambat 3 bulan.
Perlukah begitu lama. Tiada pantauan?.
Antara masalah besar adalah isu kewangan tetapi isu kekeluarga dalam aspek pengawalan, penjagaan, sara hidup, hartanah dan lain- lain melibatkan anak perkahwinan adalah amat penting. Tetapi bagaimana bantuan kepada pihak yang benar-benar bermasalah kewangan dengan fee guaman syariah yang terlalu tinggi berbanding dengan kerja peguam dan pelupusan kes (secara am).
Jika di Mahkamah Sivil, Bantuan Guaman kerajaan dan juga Bar Council ada ditawarkan daripada A - Z dan hanya membayar kos pemfailan. Malah ia dikendalikan peguamcara sebenar.
Akhir sekali, saya tidak faham kenapa bidangkuasa tidak diselaraskan walaupun tidak seimbang bagi membolehkan isu-isu penceraian seperti cerai, hadhanah, harta sepencarian boleh didengar dalam satu kausa dan Mahkamah sahaja. Ini akan menjimatkan masa dan kos. Tapi lawyer akan rugi legal fee.
InsyaAllah, kita patut fikir ke arah perlaksanaan lebih baik dan sesama memberikan nama baik kepada Islam.
Kita sibuk dengan pindaan bidangkuasa hukuman, tetapi adakah cuba untuk memperbaiki perlaksanaan. Mahkamah telan nampak improvement, bagaimana pula dgn peguam. Kita perlu ingat, mata org awam berbeza.
Pelbagai pembaharuan dibuat telah membuatkan mahkamah syariah lebih efiesien. Kita akui dan saya bangga. Cuma kita perlu akari masalah sudut klien, bukan pentadbiran semata-mata.
Wallahua'llam
Hisham Nazir
Subang Jaya | Sungai Petani
+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►