Friday, April 7, 2017

HABEAS CORPUS & PUSAT PEMULIHAN AKHLAK


Jalan-jalan ke Penjara Kinta (kini Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah)
Jumpa klien bagi Habeas Corpus.

Apa tu?

Entah..
Sotong celup tepung masak separuh kot.

HABEAS CORPUS ialah satu prosiding permohonan bagi membatalkan penahanan seseorang tanpa melalui proses bicara atau hak untuk didengar di bawah Perkara 5 Perlembagaan Malaysia.

Apabila penahanan tanpa bicara dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan berikutan apa jua kesalahan (saspek), permohonan Habeas Corpus boleh dibuat di Mahkamah Tinggi berdekatan dengan memfailkan permohonan dan afidavit menyatakan alasan kenapa penahanan tersebut tidak sah dari sudut fakta atau perundangan.

Manakala ada soalan, kenapa tahanan terlibat dalam Habeas Corpus adalah mereka yang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak dan bukan penjara. Dalam erti kata lain mereka (orang awam) berpandangan bahawa Pusat Pemulihan Akhlak adalah tempat biasa berbanding panjara yang melibatkan penjenayah ganas.

Samada Pusat Pemulihan Akhlak ataupun Penjara, keduanya di bawah seliaan dan jagaan Jabatan Penjara Malaysia. Kenapa ia berbeza pada nama, kerana penjara adalah pusat tahanan bagi penjenayah yang telah disabitkan kesalahan dan juga sedang dalam prosiding perbicaraan (reman).

Manakala Pusat Pemulihan Akhlak adalah (kebanyakan kes) adalah kes melibatkan tahanan istimewa yang mana tidak melalui proses reman biasa dan perbicaraan dan pertuduhan di Mahkamah. Sebaliknya terus di tahan di bawah beberapa peruntukan perundangan yang membenarkan sedemikian.

Apabila satu perintah Menteri Dalam Negeri di buat ke atas satu individu di bawah kuasa khas bagi tahanan selama 2 tahun (kontrak boleh diperbaharui), mereka samada sendiri atau melalui peguam, boleh membuat repsentasi kepada Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri bagi membebaskan tahanan tersebut atau satu perintah tahanan yang lebih ringan lain selain daripada permohonan Habeas Corpus oleh Peguambela di Mahkamah Tinggi.

Wallahua'llam

Hisham Nazir
Subang Jaya | Sungai Petani
FB: criminallawyermalaysia
+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►