Friday, April 7, 2017

HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP


Apabila satu hukuman seumur hidup dijatuhkan selepas sabitan jenayah, maka hukuman tersebut akan boleh dijalankan kepada satu pemenjaraan yang boleh sampai kepada 25 tahun. Kini tempoh telah dipinda kepada 30 tahun. Ini asas pemenjaraan seumur hidup.

Kalau ada hukuman mati dikenakan, kemudian satu pengampunan diberikan oleh ketua negeri atau YDP Agong kepada penjara seumur hidup, satu tempoh pemenjaraan sebagaimana di atas iaiti 30 tahun dikenakan. Kecuali pengampunan dinyatakan jelas bahawa ia hukuman seumur hidup sampai banduan mati di dalam penjara.

Namun ada kes melibatkan hukuman seumur hidup, tetapi tidak menggunapakai tempoh di atas iaitu kes melibatkan keselamatan negara seperti Daiesh yang jelas dinyatakan dalam peruntukannnya bahawa penjara seumur hidup sehingga mati dalam penjara.

Wallahual'llam

Hisham Nazir
Advocates & Solicitors
Subang Jaya & Sungai Petani
+6013-9307961
www.hishamnazir.com | www.hishamnazir.net
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►