Friday, April 7, 2017

ROYALTI HAK CIPTA




Setiap hasil karya jika dibuktikan miliknya atau diketahui umum miliknya, maka pihak lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran.
Kebenaran boleh datang daripada pemilik dengan 2 cara balasa kepada pemiliknya;
Pertama, kebenaran menggunakan percuma sebagaimana terma yang dipersetujui dengan balasan pemilik mendapat publisiti atau promosi bagi item berkenaan atau kesan daripada penggunaannya;
Kedua, kebenaran dengan pembayaran kos tertentu dengan terma yg dipersetujui.
Kesedaran orang kita masih rendah dalam hal ini. Akibatnya banyak bisnes kerugian bab ini. Malah bisnes sampingan juga mengeluarkan kos berlebihan.
Sebagai contoh industri filem, tengok filem Amerika banyak menggunakan kenderaan dan item jenama tertentu kerana selain menjimatkan jutaan USD, mereka mempromosi jenama dan negara termasuk dakyah liar.
Begitu juga cerita hindustan, semua benda di-sponsor. Selain jimat, ia memberikan kesan baik kepada bisnes.
Itu kalau item, kalau lagu macam ni, banyak juga patut bayar. Walaupun bayaran rendah sekalipun, ia tetap bayaran dan pendapatan.
Subang Jaya | Sungai Petani
+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►