Friday, April 7, 2017

MAHKAMAH TERLIBAT DALAM BICARA & RAYUAN


"Tuan mohon penjelasan, bila dihukum di mahkamah seksyen, boleh lagi merayu di mahkamah tinggi dan jika tak puas hati boleh lagi merayu ke mahkamah rayuan, jadi maksudnya sesuatu hukuman itu belum muktamad hingga mahkamah rayuan yang bagi hukuman, dalam situasi begini jika semua kes nak sampai hingga ke mahkamah rayuan apakah rasionalnya mahkamah yang lain"

HAK ASASI DALAM PERTUDUHAN

Apabila seseorang di dakwa, maka setiap orang mempunyai dan patut diberikan hak untuk didengari. Selain daripada itu hak untuk diwakili agar lebih adil daripada sudut perjalanan kes adalah terpahat di dalam Perlembagaan Malaysia.

Hak untuk didengari adalah diberikan sebanyak 3 kali pada asas perundangan Malaysia. Kecuali ada Semakan Kehakiman atau isu khas dibawa kepada Mahkamah Persekutuan bagi kes berakhir di Mahkamah Rayuan.

HAK 3 KALI DIDENGAR?

Setiap isu/pertuduhan yang dibicarakan, akan diberikan 3 kali hak didengar. Samada ia bermula di Mahkamah, Tribunal, Lembaga dan sebagainya.

Contohnya, kes bermula di Mahkamah Sesyen/majistret. Jika ada pihak tidak berpuashati, maka pihak tersebut boleh merayu dalam masa yang ditetapkan kepada Mahkamah Tinggi.

Kemudian jika mana-mana keputusan tidak memuaskan hati mana-mana pihak, maka keputusan itu boleh dirayu kepada Mahkamah Rayuan dalam masa yang ditetapkan dengan kausa tindakan yang dibenarkan samada isu kos, fakta atau perundangan sebagaimana digariskan.

Contoh hierarki Mahkamah dalam hak asas untuk didengar;

Majistret/Sesyen ---> Mahkamah Tinggi ----> Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi -->Mahkamah Rayuan --> Mahkamah Persekutuan.

ADAKAH JIKA ADA RAYUAN MAKA KEPUTUSAN MAHKAMAH TIDAK MUKTAMAD

Setiap keputusan adalah muktamad dan mengikat kepada pihak-pihak. Cuma demi keadilan masih boleh dibenarkan merayu. Disamping merayu, satu permohonan pergantungan prosiding/perlaksanaan hukuman boleh dibenarkan oleh Mahkamah sementara menunggu kes rayuan di putuskan.

Setelah mendengar rayuan, Mahkamah boleh memutuskan untuk mengekalkan atau mengubah mahkamah bawahnya.

Sekiranya tiada rayuan, Keputusan terakhir adalah keputusan yang akan diambilkira.

PERJALANAN MAHKAMAH & BEZANYA

Mahkamah Pertama samada Majistret/Sesyen/Tinggi, akan membicarakan penuh kes berkenaan termasuk mengambil nota keterangan, penyaksian demenour, teknikaliti eskhibit dan semua perkara melibatkan kes berkenaan.

Kelebihan ini akan memberikan kuasa kepada Mahkamah bicara untuk membuat dapatan (finding) yang lebih luas mengenai teknikaliti, fakta dan perundangan.

Jika anda mencari peguambela, carilah peguambela yang baik pada tahap Mahkamah Bicara ini kerana ia akan memastikan peluang rayuan dan rekod rayuan yang lebih baik dan teratur.

Manakala peluang rayuan di Mahkamah kedua dan ketiga hanya berdasarkan Rekod Rayuan sahaja.Kegagalan menimbulkan isu dan ekshibit semasa di Mahkamah Pertama mungkin akan prejudiskan hak untuk membangkitkan isu tersebut kelak di peringkat rayuan.

Mahkamah Kedua dan Ketiga selaku korum yang mendengar rayuan hanya mendengar rayuan sudut fakta dan perundangan sahaja dan akan menyentuh perkara yang dianggap khilaf pada mahkamah pertama dan membuat dapatan baru jika perlu.

Manakala Mahkamah Persekutuan pula hanya menumpukan kepada isu perundangan sahaja.

Banyak lagi nak taip, lain kali InsyAllah!

LIKE & SHARE OUR FB

Subang Jaya & Sungai Petani
+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►